Mukjizat Yesus Pandangan_Kristian_tentang_Yesus

Lazarus dibangkitkan oleh Yesus; lukisan oleh Duccio (1310).

... percayalah akan pekerjaan-pekerjaan itu, supaya kamu boleh mengetahui dan mengerti, bahwa Bapa di dalam Aku dan Aku di dalam Bapa. (Yohanes 10:38)

Dalam ajaran Kristian, mukjizat yang dilakukan Yesus berperanan sangat penting sebagaimana ajaran-Nya. Banyak di antara mukjizat tersebut menekankan pentingnya iman; contohnya dalam penyembuhan sepuluh orang kusta, Yesus mengatakan: "Berdirilah dan pergilah, imanmu telah menyelamatkan engkau." Demikian pula semasa peristiwa Yesus berjalan di atas air, Rasul Petrus mendapat suatu pelajaran penting dimana pada semasa itu imannya goyah dan ia mula tenggelam.[38][39][40]

Satu ciri khas di antara semua mukjizat yang dilakukan Yesus dalam kisah di Injil ialah bahawa Ia melakukannya tanpa meminta segala bentuk pembayaran atas kesembuhan yang diterima orang-orang, tidak seperti beberapa imam besar pada zaman-Nya yang mengenakan kos atas mereka yang mengalami kesembuhan.[41] Dalam Matius 10:8 Ia memerintahkan para murid-Nya agar tidak meminta ganjaran semasa memberikan perkhidmatan kepada orang lain: "Kamu telah memperolehnya dengan cuma-cuma, kerana itu berikanlah pula dengan cuma-cuma".[41]


Umat Kristian pada umumnya meyakini bahawa mukjizat-mukjizat Yesus ialah peristiwa bersejarah yang nyata dan bahawa karya-karya ajaib-Nya merupakan suatu bahagian penting dalam kehidupan-Nya di dunia, membuktikan keAllahan atau keilahian-Nya dalam persatuan hipostatik —yakni kudrat ganda (kemanusiaan dan keilahian) dalam peribadi Yesus Kristus.[42] Kebuluran, keletihan, dan kematian yang dialami Yesus semasa hidup di dunia ini membuktikan kemanusiaan-Nya; sementara mukjizat-mukjizat yang dilakukan-Nya membuktikan keilahian-Nya.[43][44][45]

Para penulis Kristian juga melihat mukjizat-mukjizat yang dilakukan Yesus bukan sekadar perbuatan yang menunjukkan kuasa dan kemahakuasaan-Nya, tetapi lebih sebagai perbuatan kasih dan kemurahan hati: semua itu dilakukan-Nya untuk menunjukkan belas kasih kepada mereka yang berdosa dan menderita.[42] Contohnya Ken dan Jim Stocker yang menyatakan bahawa "setiap mukjizat yang dilakukan Yesus ialah suatu tindakan kasih".[46] Dan setiap mukjizat berkait dengan pengajaran tertentu.[47][48]

Injil Yohanes 20:30 menuliskan bahawa tidaklah mungkin menceritakan semua mukjizat yang dilakukan Yesus, namun mukjizat-mukjizat yang disajikan dalam Injil dipilih untuk dituliskan dengan maksud: sebagai perwujudan kemuliaan Allah dan sebagai pembuktian. Yesus merujuk "pekerjaan"-Nya sebagai bukti perutusan-Nya dan keilahian-Nya, dan pada Yohanes 5:36 Yesus menyatakan bahawa "pekerjaan" (mukjizat) -Nya mempunyai nilai pembuktian yang jauh lebih besar dibanding dengan kesaksian Yohanes Pembaptis.[42]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pandangan_Kristian_tentang_Yesus http://www.newadvent.org/cathen/14142b.htm http://www.newadvent.org/cathen/10338a.htm http://books.google.com/?id=z47zgZ75dqgC http://books.google.com/?id=8OJCa6euw5gC http://books.google.com/?id=tHlY94UWi3UC&pg=PA282 http://books.google.com/books?id=sqJ9hi4epJYC&pg=P... http://books.google.com/books?id=j9db9kGwG3MC http://www.fordham.edu/halsall/basis/ephesus.html https://books.google.com/books?id=y_RpbmWNfHcC https://books.google.com/books?id=dbSPOoQfu0IC